Saturday, March 12, 2011

Taman Negeri Selangor sebagai Hutan Lipur Sg Tua

Pintu gerbang Taman Negeri Selangor
Hutan Lipur Sungai Tua, terletak berhampiran dengan Empangan Batu merupakan antara tempat perkelahan yang menjadi tumpuan pengunjung kerana keindahan sungainya di samping kawasan air terjunnya yang cantik menggamit pengujung untuk kesini. Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak, merupakan Hutan Dipterokarp Pamah yang terkandung pelbagai flora, fauna dan herba untuk pelbagai kegunaan perubatan dan penawar. Lebih kurang 9km dari bulatan Batu Caves, untuk ke sini anda akan melewati Masjid Amaniah, melalui Jalan Sungai Tua terus menuju ke Ulu Yam. Sepanjang perjalanan anda akan menemui Kg Nakhoda, Kg Laksamana, Kg Sg Tua, dan Kg Bendahara sebelum melewati Depoh Rapid KL, masuk ke kanan. Meneruskan perjalanan dari sini, anda akan melihat Empangan Batu di sebelah kiri, terdapat juga tempat-tempat rehat R1, R2 dan R3. 
Gerai di Taman Negeri Selangor
Untuk memasuki ke dalam Hutan Lipur Sungai Tua ini perlu membayar sebanyak RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kank-kanak. Disini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti antaranya mandi-manda, berkelah, BBQ, berkhemah dan sebagainya.
Tiket Masuk
Penggunjung juga perlu tahu keselurahan kawasan ini tiada liputan talian telefon, mau pun talian tetap atau pun talian selular. Begitu juga dengan bekalan elektrik dan air paip. Kesemuanya tiada di sini. Gerai-gerai dan juga pusat rekreasi di sini menggunakan bekalan elektrik dari generator dan sumber air dari air semulajadi.
Tengoklah kawan kami yang suka bergambar
Sempat bergambar dengan kawan baru
Sedapnya mereka BBQ....:)
 Marilah datang ke Hutan Lipur Sg Tua. Bawalah keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara untuk meluangkan masa bersama-sama..
Setiap masa bersama keluarga adalah amat berguna dan tidak akan dilupakan. 

Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Sendat #2

Kesinambungan perhentian di Hutan Lipur Sungai Sendat...

Perhentian 8(P8)-Simfoni Hutan
Anda sekarang berada di pertengahan Denai Meranti iaitu Simfoni Hutan (forest symphony). Berada pada ketinggian 200 meter dari aras laut dan 400 meter dari kawasan perkhemahan. Perhatikan kawasan sekeliling dan jangan bersuara. Pejamkan mata anda dan hayatilah irama simfoni hutan. Irama yang mengasyikkan ini tergabung dari bunyian air sungai, burung-burung, unggas hutan dan desiran angin.
Perhentian 9(P9)-Pokok Herba
Pokok Kacip Fatimah
1) Kacip Fatimah 
Nama saintifik: Labisia pumila
Kacip Fatimah adalah sejenis pokok herba yang terdapat di Hutan Malaysia yang amat mashur dalam perubatan Melayu untuk merawat wanita yang baru lepas bersalin. Penyediaan untuk kegunaan perubatan ialah keseluruhan daun, batang serta akarnya diracik halus dan direbus lalu airnya diminum.
Pokok Tongkat Ali
2) Tongkat Ali
Nama saintifik: Eurycoma longifolia Jack
Famili: Simaroubaceae
Genus: Eurycome
Spesies: E. longifolia
Pokok Tongkat Ali atau juga dikenali sebagai Pasak Bumi yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis tumbuhan yang terkenal dalam perubatan tradisional Melayu. Pokok Tongkat Ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakkan pokok ini tidak bercabang, kalau bercabang pun terlalu sedikit iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai bercabang yang keluar dari pangkal daun. Penyediaan untuk kegunaan perubatan adalah akarnya dicarik halus dan direbus lalu airnya diminum.
Perhentian 10(P10)-Pokok Langsuir
Pokok Langsuir
Nama saintifik: Asplenium nidus
Famili: Dennstaedtiaceae
Pokok Langsuir atau bird nest fern adalah salah satu spesis pakis yang merupakan salah satu pokok tumpang yang biasa ditemui didalam hutan. Daun atau pelepahnya boleh mencapai 150cm panjang. Dibahagian bawah daun terdapat alur yang mengandungi spora halus berwarna perang. Permukaan atas tumbuhan ini terdapat lekukan besar yang berfungsi sebagai perangkap daun kering yang luruh dari pokok lain. Daun-daun ini mereput dan bertindak sebagai span untuk menyerap dan menyimpan air hujan. Tumbuhan lain seperti paku-pakis yang lebih kecil atau pokok anggerik tumbuh dalam lekukan ini dan berkongsi air yang dikumpul.  
Perhentian 11(P11)-Sungai
Salah satu elemen bunyi yang didengari dari perhentian 8. Sungai merupakan sumber alam yang amat penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai yang berfungsi sebagai sumber Sungai juga menawarkan persekitaran yang sesuai untuk aktiviti rekreasi dan perkhemahan.
Perhentian 12(P12)-Salak Hutan
Nama saintifik: Eleiodoxa conferta
Salak hutan tergolong dalam keluarga palma. Rasa buahnya masam, manis dan berbau wangi. Tumbuh berumpun dan mempunyai batang atau pelepah daun yang berduri kasar. Satu tangkai daripada tandan buah salak boleh mencapai berat sehingga 1.5kg. Buah yang masak boleh disimpan dalam masa seminggu. Pokok ini kerap dijumpai di kawasan yang lembap.
Perhentian 13(P13)-Buluh
Buluh
Nama saintifik: Bambusa sp.
Pokok buluh atau nama saintifiknya Bambusa sp. merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Negara Asia. Secara kasarnya lebih kurang 1200-1500 spesis yang terdapat didunia antaranya 59 spesis wujud di Malaysia. Buluh boleh digunakan untuk membuat lemang, colok, penyepit makanan, pencungkil gigi, barangan kraftangan, perabut, lantai dan sebagainya. Selain daripada itu, rebung buluh merupakan salah satu bahan masakan yang popular. Antara jenis buluh yang biasa ditemui di Malaysia adalah
  1. Buluh Betung
  2. Buluh Akar
  3. Buluh Gading
  4. Buluh Perindu
  5. Buluh Duri
  6. Buluh Tilan Payung
  7. Buluh Brang
  8. Buluh Padi
  9. Buluh Semantan
  10. Buluh Semaliang
Itulah perhentian-perhentian yang terdapat di Hutan Lipur Sungai Sendat. Anda akan menikmati alam semulajadi sambil mempelajari jenis-jenis pkok yang terdapat didalam Hutan Lipur Sungai Sendat.

Marilah datang ke Hutan Lipur Sungai Sendat!

Tuesday, March 8, 2011

Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Sendat #1

Signboard ke Hutan Lipur Sungai Sendat
Jungle trekking ini akan berada di permulaan Denai Meranti. Denai ini sepanjang 1.1 kilometer dan mempunyai 13 penantian yang dilengkapi dengan papan tanda maklumat.

Peraturan yang perlu diikut oleh setiap pengunjung iaitu:
1. Sebelum menggunakan Denai ini sila dapatkan kebenaran daripada Pegawai Perhutanan yang bertugas.

2. Anda dilarang sama sekali merosak, menakik atau membawa keluar flora dan fauna yang terdapat di dalam kawasan ini.

3. Keselamatan diri dan harta benda anda semasa menggunakan denai ini adalah tanggungjawab anda sendiri bukan tanggungjawab pihak Jabatan Perhutanan dan Kerajaan Negeri selangor.


Perhentian 1(P1)-Kepentingan Hutan
Hutan merupakan khazanah alam yang tidak ternilai untuk semua kehidupan dimuka bumi ini. Menyumbang udara yang bersih, segar, air untuk diminum, sumber kayu-kayan, ubat-ubatan dan tempat istirehat yang menarik. Hutan juga menyediakan habitat untuk pelbagai spesis flora dan fauna. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga dan memelihara hutan kita supaya generasi yang akan datang dapat merasai dan menikmati apa yang kita ada pada hari ini.
Pokok Palma
 Perhentian 2(P2)-Palma
Nama saintifik: Arenga obtusifolia labill
Nama tempatan: Langkap

Langkap merupakan salah satu daripada 2700 spesies palma yang terdapat didunia. 500 daripadanya tumbuh di Malaysia. 200 spesis di Semenanjung Malaysia sementara bakinya 300 spesies dijumpai di Sabah dan Sarawak. Tumbuh berumpun dan ada yang tumbuh secara tunggal. Bentuk daun, kelopak upih dan tangkai buah-buahan seakan-akan pokok pinang. Menjadi pokok musuh kepada pokok-pokok yang lain apabila tumbuh secara berkelompok kerana tiada tumbuhan yang dapat hidup dibawah naungannya
Petai
Perhentian 3(P3)-Petai
Nama saintifik: Parkia speciosa
Nama tempatan: Petai
Famili: Leguminosae
Pokok Petai tergolong didalam famili leguminosae, tumbuh meliar di hutan-hutan di Asia Tenggara. Pokoknya besar dan boleh mencapai 30 meter tinggi, kulit perang kemerahan, licin dan berbopeng. Daunnya kecil dan berpelepah. Buahnya sangat popular dikalangan penduduk tempatan. Dimakan sebagai ulam dan dipercayai mempunyai khasiat bagi mengubat penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Besarnya pokok Meranti Tembaga
Perhentian 5(P5)-Meranti Tembaga
Nama saintifik: Shorea leprosula
Famili: Dipterocarpaceae
Pokok Meranti Tembaga tergolong dalam famili Dipterocarpaceae yang boleh didapati di Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Pokok ini merupakan sumber kayu komersil yang utama dan dikelaskan sebagai meranti merah muda. Pokoknya berbatang besar dan berbanir. Mempunyai rekahan pada kulit batang yang nyata. Boleh dikenali daripada jauh kerana daunnya yang berwarna tembaga. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:
  •  Kulit luar pokok: berwarna perang kelabu dan licin walaupun terdapat jalur-jalur yang sekata. Ranting-rantingnya amat berbulu pada hujungnya.
  • Daun: Licin pada permukaan atas dan permukaan bawahnya dilitupi oleh bulu-bulu kering
  • Bunga: Kecil dan berwarna kuning pucat dengan kelopak-kelopak yang sempit.
  • Buah: Merupakan kekeras yang berbentuk bujur dengan tiga sayap panjang serta dua sayap pendek
Perhentian 6(P6)-Anak Liar(Regenerasi Semulajadi/ Natural Regeneration)
Anak-anak pokok atau anak liar yang terdapat di sekitar kawasan ini tumbuh secara semulajadi. Ianya tumbuh hasil dari taburan benih dari pokok ibu berhampiran. Tanpa gangguan pokok musuh dan kerosakkan oleh manusia serta mendapat cahaya yang cukup, anak-anak pokok ini mampu untuk hidup dan membesar dengan sendiri.
Pokok Rotan
Perhentian 7(P7)-Rotan Mantang 
Nama saintifik: Calamus ornatus blume
Famili: Arecaceae
Rotan (Rattan) merupakan hasil utama dari kumpulan hasil bukan kayu. Rotan mantang adalah spesis dari 140 spesis rotan yang terdapat di Malaysia. Keistimewaan pokok rotan ialah mempunyai duri pada batang atau pelepah yang digunakan untuk memanjat pokok lain untuk bersaing mendapatkan cahaya matahari. kebanyakkan hasil produk dari rotan adalah perabot. Terdapat juga kegunaan lain seperti kraf tangan dan hiasan dalaman.


#akan bersambung ke entry yang ke-2..

Monday, March 7, 2011

Rock Eco Resort yang mengekalkan alam semulajadi

Hutan, batu dan sungai.... Itulah keunikan Rock Eco Resort, satu-satunya kem yang tumbuh dipinggiran sungai dan hutan semulajadi di negara ini. Seluas 13 ekar ini kini telah menjadi sebuah kem yang lengkap dengan segala kemudahan unutk rekreasi dan perkhemahan.

Resort ini terletak di lokasi yang strategik hanya 20km dari Selayang dan 20km ke Genting Highlands. 
 
'Kem rekreasi dan perkhemahan' adalah slogan bagi Rock Eco Resort di Ulu Yam. Resort ini mengekalkan alam semulajadi yang berada di keliling resort. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di resort ini. Untuk syarikat atau sekolah yang ingin membuat aktiviti 'team building', boleh dilakukan disini. Segala peralatan disediakan oleh pihak resort. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah mandi sungai, rentas halangan, merentas hutan, mendaki bukit, tarik tali dan lain-lain.
Kemudahan yang disediakan:
  • Dewan
  • Surau
  • Dataran Rock
  • PA sistem
  • Rock Cafe
  • Kawalan keselamatan
  • Jurulatih dan Fasilitator terlatih
  • Khemah kalis hujan
  • Chalet
  • Kolam renang   
Dewan berkumpul
Kolam Renang
Rock Cafe




Dewan Makan
Dataran Rock
Sungai yang mengalir di Rock Resort
                                                              

Aktiviti dan Program
  • Merentas Hutan
  • Kembara Malam
  • Buta Telur
  • Cinta Alam
  • Pandu Arah
  • Paint Ball
  • Sukaneka
  • Mendaki Bukit
  • Hari Keluarga dan sebagainya 
Untuk maklumat lebih lanjut, layari website Rock Eco Resort http://rockecoresort.com.my/about.htm 
                        
Sebarang pertanyaan, hubungi:
1. Encik Ab Kadir Bin Ab Majid 013-6055878 (aab.kadir@ymail.com)
2. Puan Kamisah binti Kusnan 019-3003115 / 013-3112789 (k.kamisah@ymail.com)

Sunday, March 6, 2011

Makan di Kedai Bella Tomyam sebelum ke Sungai Sendat

Kedai makan Bella Tomyam yang terletak beberapa meter daripada Sungai Sendat. Kedai ini terletak di tepi jalan selepas simpang ke Sungai Sendat. Jadi, kedai ini amat sesuai untuk pengunjung yang ingin ke Sungai Sendat makan di kedai ini sebelum kasuk ke dalam Sungai Sendat. Pelbagai laut yang dihidang sedap dan panas yang sesuai untuk makan tengahari.

                          
                                      
Nasi Putih+Ikan Keli +Sayur campur + sambal belancan.. memang seeddaap
Kedai makan Bella Tomyam ini dibuka pada setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.. Pelbagai hidangan pagi dan tengahari akan dihidang.






Friday, March 4, 2011

Mari Memulihara Sungai yang Tercemar


SETIAP tahun, penduduk dunia akan menyambut Hari Alam Sekitar pada tarikh 5 Jun. Pilihan tema tahun ini adalah Pelbagai Spesies, Satu Planet, Satu Masa Depan (Many Species, One Planet, One Future). Jika disentuh tentang alam sekitar, pasti tergambar di kotak fikiran kita betapa dunia kini sarat dengan pelbagai jenis masalah dan pencemaran. Selain isu pemanasan global yang tidak henti-henti dibincangkan umum, masalah lain seperti pencemaran sungai, pencabulan hutan, jerebu dan lain-lain turut menjadi perbahasan hangat di merata dunia. 

Tidak terkecuali, negara kita juga dilanda aneka bentuk pencemaran yang jika tidak diatasi akan membawa padah kepada seluruh generasi. Antara pencemaran yang begitu menjejaskan alam sekitar di kawasan bandar adalah sungai tercemar. 

Satu ketika dahulu, sungai dikaitkan sebagai nadi kehidupan masyarakat terutama pada zaman awal pembukaan penempatan manusia.
Malah, bandar purba dan sebahagian bandar moden hari ini tumbuh dan berkembang di sekitar muara-muara sungai di seluruh dunia. Misalnya, penempatan bandar pertama dunia iaitu Uruk, Erina dan Ur kira-kira 6,000 tahun lalu (4000 SM) di Mesopotamia dan Babylon dibina di lembangan sungai yang subur di Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Manakala banyak bandar-bandar utama di Malaysia hari ini berkembang di kuala-kuala sungai, misalnya Kuala Lumpur, Kuching, Kuantan dan Kuala Terengganu.
Fakta itu membuktikan kepentingan sungai sudah menyerlah sejak ribuan tahun lalu sebagai sumber yang membekalkan air bagi keperluan harian, pertanian, dan sistem pengangkutan utama.

Namun, kepentingan itu semakin dilupakan apabila sungai-sungai yang pernah menjadi nadi kehidupan manusia 'rosak' dan semakin tenat.
Lihat sahaja betapa Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal dalam senarai antara sungai paling tercemar di negara ini.
Tahap pencemaran kedua-dua sungai itu menyebabkan kualiti airnya diletakkan di dalam kelas 4 (tercemar) dan kelas 5 (mati).
Bahan pencemar utama di kedua-dua sungai itu adalah sisa dari kilang-kilang yang banyak terdapat di kedua-dua tebing sungai tersebut.

Akibatnya, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar sehingga mencecah ratusan juta ringgit untuk memulihkannya.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmad Zaharin Aris berkata, lebih 1,000 sungai di seluruh negara dipantau secara berkala oleh Jabatan Alam Sekitar.
Menurutnya, pemantauan dilakukan mengikut hari, tetapi jika sungai tersebut mempunyai loji pembersihan air untuk bekalan air penduduk, maka pemantauan akan dilakukan mengikut jam.
Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk memulihkan sungai tercemar.
"Jumlah itu memang besar, tetapi sebenarnya ia tidak mencukupi untuk memulihkan pencemaran sungai di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia

Pencemaran sungai yang teruk mampu merencatkan pertumbuhan ekonomi negara memandangkan kos pemulihan sungai memakan dana yang besar.
Kos bagi tujuan pemulihan sungai adalah antara RM100 juta hingga RM400 juta.

Adalah lebih baik jika peruntukan yang amat besar itu digunakan untuk tujuan lain khususnya dalam menyediakan kemudahan infrastruktur untuk penduduk.
Mengulas kaedah pemulihan sungai, Dr. Ahmad Zaharin berkata, terdapat tiga kaedah yang digunakan iaitu fizikal, kimia dan biologikal.
Kaedah fizikal memerlukan satu sistem penapis diletakkan di sungai bagi memproses sistem pengudaraan di dalam air sekali gus meningkatkan kualiti air.

Kaedah itu didapati berkesan dalam jangka masa pendek tetapi kurang praktikal untuk jangka masa panjang.
Manakala kaedah kimia melibatkan rawatan kualiti air dengan menggunakan bahan-bahan kimia tertentu.

Menjelaskan kaedah itu, katanya ekstrak yang diambil dari bakteria tersebut akan bertindak sebagai bahan pengumpul (bioflocullant) bahan-bahan terampai di dalam sungai tercemar.
Mengulas mengenai punca utama pencemaran sungai, katanya ia berpunca daripada aktiviti pembangunan tanah dan pelepasan sisa dari kilang. Selain itu, penyumbang lain adalah sisa dari ladang ternakan babi yang mana ia dilepaskan ke dalam sungai sehingga ada sungai yang 'mati' akibatnya.
Sehubungan itu, Dr. Ahmad Zaharin menasihatkan tauke ternakan babi menerima cadangan supaya sistem ternakan berpusat dapat dijalankan di negara ini.

Beliau yang kesal dengan sikap masyarakat tempatan yang masih tidak berubah dengan menjadikan sungai sebagai 'tong sampah', memberitahu keadaan itu diburukkan lagi dengan masalah penempatan haram pendatang tanpa izin dari Indonesia, India, Sri Lanka dan Bangladesh.
Menurutnya, sikap pendatang tanpa izin termasuk pekerja asing dari negara-negara tersebut yang menjadikan kawasan tebing sungai sebagai penempatan mereka, menjejaskan lagi kualiti air sungai terutama di kawasan bandar.

Justeru, pihak berkuasa tempatan perlu membuat pemantauan dan pemeriksaan yang lebih kerap agar penempatan haram di tebing-tebing sungai diruntuhkan demi kesejahteraan sungai kita.

sungai yang kotor
Marilah kita memelihara sungai kita untuk masa depan anak-anak kita.. 


Info tentang Sungai...

Apa itu Sungai??  
Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air, ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya dipanggil ulu.

Air Sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang bergabung.

Sungai terpanjang di dunia
  1.  Sungai Nil (6,690 km)
  2. Sungai Amazon (6,452 km)
  3. Sungai Yangtze (Chang Jiang) (6,380 km)
  4. Sungai Mississippi-Missouri (6,270 km)
  5. Sungai Yenisei-Angara (5,550 km)
  6. Sungai Ob-Irtysh (5,410 km)
  7. Sungai Huang He (Kuning) (5,464 km)
  8. Sungai Amur (4,410 km)
  9. Sungai Congo (4,380 km or 4,670 km) (punca sungai ni dipertikai)
  10. Sungai Lena (4,260 km
Sungai Amazon

Sungai di Malaysia

  1. Sungai Kinabatangan
  2. Sungai Batu Lima
  3. Sungai Meliau
  4. Sungai Musi
  5. Sungai Kebun Cina
  6. Sungai Sibuga
  7. Sungai Tahan
  8. Sungai Melantai
  9. Sungai Puteh
  10. Sungai Pelenting
  11. Sungai Teku
  12. Sungai Baram
  13. Sungai Rajang
  14. Sungai Muar
  15. Sungai Pahang
  16. Sumgai Melaka
  17. Sungai Linggi
  18. Sungai Langat
  19. Sungai Kelang
  20. Sungai Selangor
  21. Sungai Perak
  22. Sungai Pahang
  23. Sungai Sendat
Sungai Nil