Wednesday, February 2, 2011

Mana nak tidur ni???

 






















Kami ada jawapannya. THE WOODS RESORT adalah salah satu resort yang terdapat di Ulu Yam. Ia terletak kira-kira 28 kilometer dari pusat bandar. The Woods resort yang diurus oleh Taroff Urus Sdn Bhd terletak di kawasan rekreasi terkenal di Ulu Yam. Ia sesuai untuk sesiapa yang mahu mencari ketenangan dan kedamaian terutama bagi warga kota yang ingin lari dari kesibukan kota yang tiada hentinya.

Lokasi resort ini yang terletak di dalam suasana alam semulajadi yang dijaga rapi untuk mengekekalkan keasliannya yang pasti tidak akan dilupakan oleh sesiapa yang mengunjung. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini antaranya Paintball, Abseiling, Flying Fox dan banyak lagi. Bagi sesiapa yang meminati untuk melakukan aktiviti lasak bolehlah datang ke The Woods Resort.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1. Fasiliti Penginapan.
Terdapat pelbagai penginapan yang disediakan antaranya 
  
I) Chalet
        - 12 unit chalet yang boleh memuatkan 4-5 orang dalam satu chalet

   II)Tapak perkhemahan
        - boleh menempatkan 1000 unit khemah pada satu masa. Peralatan perkhemahan, perkhidmatan sewaan dan kelengkapan perkhemahan disediakan. 

   III)Dorm 
         - boleh menempatkan 160 orang peserta pada satu masa. 
   IV)Kabin berhawa dingin. 
         - keseluruhan kabin mampu menampung seramai 10 orang dan 
           maksimum adalah 64 orang. 

2. Surau
    - boleh memuatkan 150 jemaah pada satu-satu masa. Surau disediakan 
      untuk menunaikan kewajipan ibadah masing-masing.
3. Tandas Awam
4. Tempat Istirehat
     - untuk para pengunjung beristirehat sambil menikmati keindahan alam 
       semulajadi di resort ini.

5. Fasiliti Bersantai
    I) Air terjun
    II) Sungai
    III) Kolam (terdapat 2 kolam)
    IV) Tempat makan
6. Dewan
     - 3 kemudahan dewan terbuka yang dapat menampung 200 orang pada 
       satu-satu masa. Terdapat dewan tertutup dan berhawa dingin untuk 
       kemudahan aktiviti seperti seminar.

7. Karaoke
Karaoke
BBQ
8. Berbeku
 
9. Padang
10. PA System
    - disediakan bagi yang menjalankan aktiviti

11. Kanopi

12. Sewaan peralatan
      - perkhidmatan sewaan peralatan seperti Paintball, Abseiling dan 
         sebagainya.

*untuk maklumat lebih lanjut, layarilah laman web The Woods Resort http://thewoodsresort.com.my/index.html

No comments:

Post a Comment