Ada tak sesiapa suka makan ikan bakar?? Cubalah satu tempat ikan bakar di Ulu Yam iaitu Teratak Ikan Bakar..
Teratak Ikan Bakar Ulu Yam ini terletak di The Woods Resort. Teratak Ikan Bakar telah dibuka sejak pada awal Jun 2010 yang terletak di Ulu yam (40km dari ibukota Kuala Lumpur). Di kedai ini, menyediakan pelbagai jenis ikan laut dan sungai termasuk patin Sg Pahang dengan harga yang sungguh istimewa. Teratak ini diusahakan oleh sepasang suami isteri iaitu Encik Rizal dan isteri.
Di awal-awal pembinaan Teratak Ikan Bakar |
Signboard Ikan Bakar |
Antara ikan yang ada ialah ikan keli, ikan talapia, ikan bawal, ikan cencaru dan lain-lain. Makanan laut yang lain juga ada dijual antaranya udang, sotong, lala dan kerang. Otak-otak juga turut dijual. Harga yang dikenakan sangat berpatutan dan tidak mahal sangat..
Set yang boleh dipilih |
Boleh juga memilih ala carte |
Lala Masak Pedas.. Seeedaaap! |
Ikan Talapia Bakar |
Teratak Ikan Bakar dibuka Selasa hingga Jumaat, 6 ptg - 1 pagi..
Sabtu & Ahad, 6 ptg - 2 pagi..
Teratak ini ditutup pada hari Isnin atas sebab-sebab yang tertentu.
Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan: Encik Rizal - 019 345 8838 @ 013 304 6332
salam,ribuan terimakasih atas kunjungan najwa dan rakan2 ke teratak kami.sya aamat menghargai atas post ini.terimakasih daun keladi bila senang dtg lah lagi.
ReplyDelete