Tuesday, March 29, 2011

Penutup Sungai Sendat Escapade..

Pembentangan final project kami sudah tiba.. Tibalah masa untuk pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengikut kami yang sudi menjadi pengikut kami dan terus memberi sokongan kepada kami. 

Tujuan utama kami membuat blog ini adalah untuk mempromosikan Sungai Sendat kepada umum dan menjadikan tempat menarik di Selangor. Ia adalah tugasan final project kami. Kami dikehendaki membuat Facebook dan blog untuk mempromosikan Sungai Sendat. Terus terang kami katakan, kami tidak pernah dengar dan pergi ke Sungai Sendat ini. Selepas mendapat tugasan ini, kami pergi sendiri dan melihat bagaimana Sungai Sendat tersebut.
Melalui pandangan kami, Sungai Sendat ada potensi untuk menjadi salah satu tempat menarik di Malaysia. Sekarang pun, sudah ramai pengunjung yang datang ke Sungai Sendat. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya bermandi-manda, BBQ, berkelah. Disini adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Jadi, kami harap semua maklumat yang kami masukkan sampai kepada anda..Kami ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menjadi followers kami.. Kami juga ingin meminta maaf sekiranya ada tersalah kata yang kami tidak sedar, maafkan kami..
Kepada semua group, semoga berjaya untuk presentation esok..
  

Thank You So Much...

Date of our presentation for final project is tomorrow.. Just want to say 

 Thank you so much for those who willing to be our followers and keep support us. Tomorrow is our big day that is we will going to present final project..
To others group, Good Luck!! =)

Sunday, March 20, 2011

Video tentang Sungai Sendat

Kawan kami, Kong Kar Kee telah membuat video tentang Sungai Sendat. Ia mengenai perjalanan kami dari Gombak ke Sungai Sendat. Ada juga kami selitkan beberapa tempat menarik di sepanjang jalan ke Sungai Sendat. Untuk lihat lebih lanjut? Sila klik pada link dibawah.. 




Menarik? Ada apa-apa cadangan atau komen, silalah memberi komen anda terhadap video kami.. Terima Kasih..

Friday, March 18, 2011

Hutan Lipur Sungai Sendat

Hutan Lipur Sungai Sendat terletak dalam Hutan Simpan Batang Kali, daerah Hulu Selangor. Hutan Simpan ini adalah sebahagian daripada Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia dan merupakan salah satu ekosistem yang sangat kompleks di dunia. Ianya unik dan telah wujud lebih dari berjuta tahun. Hutan Lipur Sungai Sendat ini sangat kaya dengan berbagai-bagai tumbuhan dan hidupan liar, di antaranya termasuklah 2,500 spesis pokok, 200 spesis mamalia, 600 spesis burung, 110 spesis ular, 860 spesis cicak dan beribu-ribu serangga.
Penubuhan hutan lipur di dalam hutan simpan adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) untuk mengekalkan sejumlah kawasan yang mencukupi sebagai tempat rekreasi, 'eco-tourism' dan untuk kesedaran masyarakat mengenai perhutanan.
 Kawasan pembangunan Hutan Lipur Sungai Sendat adalah di dalam kompt 1, Hutan Simpan Batang Kali dan tertumpukan kepada kawasan seluas lebih kurang 6.0 hektar yang berdudukan di antara dua batang sungai iaitu Sungai Sendat dan Sungai Kalong. Kawasan hutan ini termasuk dalam Taman Negeri Selangor dan telah menjalankan pembalakan dalam tahun 1954. Daya tarikan utama Hutan Lipur Sungai Sendat adalah terdapatnya sebuah air terjun dan dua batang sungai yang airnya bersih dan segar selain dari berlatar belakangkan keindahan semulajadi Hutan Hujan Tropika.

Antara matlamat-matlamat penubuhan hutan lipur adalah:
1. Menyediakan tempat-tempat untuk kemudahan beristirehat di dalam hutan seperti berkelah dan permandangan jauh (look-out), taman rekreasi dan kawasan-kawasan semulajadi yang indah kepada orang ramai terutamanya kepada setiap golongan masyarakat.
2. Melahirkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengekalkan keaslian alam sekitar, khususnya hutan supaya terpelihara demi kesejahteraan kehidupan mereka.
3. Meninggikan prestasi individu menerusi pembebasan fikiran daripada tekanan kesibukan kerja-kerja harian dan juga suasana persekitaran yang tidak tenteram terutamanya di bandar-bandar besar.
4. Memberi peluang dan dorongan untuk menjelajah di kawasan-kawasan hutan sambil menikmati keindahannya melalui penyediaan denai-denai hutan, kemudahan aktiviti-aktiviti mendaki gunung, bersampan serta lain-lain aktiviti yang berbentuk aktif.
5. Berperanan sebagai menambah kepada kawasan-kawasan Penyelidikan yang sedia ada, sesuai dengan keasliannya yang terpelihara
6. Menambah kawasan yang boleh menarik lebih ramai pelancong yang berkunjung ke Negara yang mana hasilnya akan menolong dalam peningkatan ekonomi negara.

Marilah ke Sungai Sendat..

Wednesday, March 16, 2011

Sungai Sendat Escapade dapat award!

Sungai Sendat Escapade telah menjadi pengikut blog Encik Kopi, dan beliau telah memberi award kepada semua pengikut beliau. Salah satunya adalah Sungai Sendat Escapade..
Terima Kasih Encik Kopi...

Monday, March 14, 2011

Empangan Batu tempat yang sangat aman..

Permandangan daripada tempat perhentian pertama di Empangan Batu
Kedudukan Empangan Batu
Jalan ke Empangan Batu
Sebelum kami ke Sungai Sendat, kami telah berhenti di Empangan batu (alang-alang dah lalu kan..). Terdapat dua perhentian di Empangan Batu ini, kami berhenti pada dua-dua perhentian kerana ingin menikmati permandangan disini. Di Empangan Batu, banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya memancing merupakan aktiviti yang utama disini. Ramai pengunjung yang datang untuk memancing selain daripada berkelah. 
Aktiviti lain juga adalah jika anda merupakan jurugambar, boleh membuat Empangan batu sebagai latar belakang kerana ia mempunyai permandangan yang sangat cantik berlatarbelakangkan air yang luas. 
Sesiapa yang ingin ke Empangan Batu boleh melalui jalan dari Batu Caves dan akan nampak papan tanda ke Empangan Batu. Dari Batu Caves,cume 2500 meter sahaja untuk sampai ke Empangan Batu. 
Jurugambar menangkap gambar pengantin yang berlatarbelakangkan permandangan semulajadi
Memancing adalah aktiviti utama disini



Empangan Batu dari jauh
Jika anda merancang untuk memancing, disini tempat yang sesuai. Walaupun keadaan panas tetapi anda tidak akan merasa panas kerana terdapat pokok-pokok yang akan menjadi tempat berteduh anda. Kebanyakkan pengunjung yang datang ke Empangan Batu membawa alat memancing mereka sendiri. Selain daripada memancing, anda juga dapat melihat Empangan Batu yang cantik. 
Tempat perhentian yang kedua di Empangan Batu
Banyakkan joran pengunjung yang memancing disini.

Jadi, ajak keluarga, kawan-kawan atau sanak-saudra untuk meluangkan masa di Empangan Batu dan bersuka-ria di Sungai Sendat. Masa bersama keluarga adalah masa yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 
Permandangan yang luas
Marilah ke Sungai Sendat! =)

Sunday, March 13, 2011

Air Terjun paling tinggi di Dunia..

Tahu tak air terjun apa paling tinggi di dunia??haa..nak cerita la ni..bak kata dalam cerita hantu kak limah balik kampung, ce cite..ce cite..hehe

Diatas ketinggian 979 meter (3.212 kaki) dengan jatuh tanpa hambatan 807 meter (2.647 kaki), Air Terjun Salto de Angel menjadi yang tertinggi di dunia. Air terjun ini terletak di Rio Caroni, Taman Nasional Canaima, Venezuela.
Air Terjun Angel
Meskipun pertama diketahui awal ke-20 oleh penjelajah Ernesto de Santa Cruz, air terjun ini tidak dikenal dunia sampai ditemukan secara rasmi oleh penerbang Amerika, James Crawford Angel yang sedang terbang mencari lokasi tambang emas. Pada tahun 1936, James Angel kembali dan mendaratkan pesawatnya di dekat air terjun.
Air terjun ini dinamakan sebagai Air Terjun Angel untuk mengenang penemunya, James Crawford Angel. Suku Indian Pemon menyebut air terjun ini sebagai 'Auyan-tepui' yang membawa erti 'Gunung Setan'. Ketinggian rasminya ditentukan oleh National Geographic Society pada 1949. Keberadaannya yang fenemenal menjadi daya tersendiri di Venezuela, bagai magnet yang besar kekuatannya menyedut keinginan pelancong untuk datang ke sini lagi.